Thursday, July 7, 2011

SentapHatiMakNak : Kerana Mulut Badan Binasa

MUSIC SENTAP :
Anggapanmu by Ziana Zain
waaaa.....dah lama xdgr lagu nie..sesekali karok lagu nie best gak kan (my version la)..aku di taman hanya perhiasan..kelass uols layan lagu2 cintan kak Ziana kte nie mlm2 mcm nie...hahaha..terserahlah!!!

ENTRI SENTAP :
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 
Betul la cakap orang tua-tua dulu. Hanya kerana salah perkataan yang keluar dari mulut kita ni memang boleh menjahanamkan hidup kita.Kalau tak percaye, pegi la test. Jumpa sapa-sapa cakap muka diorang hodoh ke. Hahahahah. Memang binasa la badan korang kene hempuk. Dapat plak yang kene kata tuh badan macam malek noor.
Bila cakap pasal “SALAH CAKAP” ni, kita boleh la kategorikan beberape jenis.
  1. Memang betul-betul salah cakap. Tak sengaja. Contoh macam melatah ke. Keluar carot bagai. Hahahahah. Yang ni boleh diampunkan.
  2. Maki dengan sengaja. Ni kes jujur ataupun memang tengah marah. Yang ni boleh kawtim lagi la. Kalau orang dah tengah marah, memang tersembur gak semua.
  3. Mengadu domba. Ni paling bahaya.Manusia macam ni tak leh buat kawan. Kalau bagi makan buaya pon, tak tau la buaya nak makan ke tak. Jenis ni suke cakap belakang. Suka tikam belakang, bawak mulut. Jumpa orang ni cakap lain, jumpa orang lain cakap lain. Bahaya!
Ok. Hari ni kita nak ulas untuk kategori paling bahaya. MENGADU DOMBA. Kalau jumpa orang mengadu domba ni, jangan la percaya cakap dia. Jenis makan kawan dia ni. Dia sanggup buat apa je kalau nak jatuhkan orang yang dia rasa lebih dari dia atau dah memang dia dengki sejak azali lagi.
Macam mana nak kenal orang macam ni?
  1. Orang jenis ni selalunye jenis suke besar-besar@ bermegah- megah pasal diri dia sendiri. Contohnya kereta dia besar ke, bini lawa ke, pakwe hensem ke, duit banyak ke, anugerah ape yang dia dah dapat ke, baju mahal dari luar negeri ke. Bende-bende yang kita tak nak tau pon. Tapi dia tetap nak cite. Kalau dalam perubatan, perangai mcm ni dah dikategorikan sebagai “manic” = gila.
  2. Suka korek rahsia orang. Suka la nak tanye bende-bende yang kita tak nak bagitau. Suka nyebok hal orang. JANGAN LA KOME CERITA!!! BAHAYA!!! Nanti dia guna nak buruk-burukkan korang.
  3. Perasan bagus. Ni la paling aku nyampah. Kalau cakap.. dia je la yang paling baik@ mulia. Orang lain sume jahat. Lagi satu suke perasan macam la dalam dunia ni, dia sorang je la yang reti. Sampaikan kalau kita tegur sikit pon tak leh terima. Ape kes?? Selagi namanya manusia dah konfem tak sempurna. Kena la terima hakikat.
  4. Suka serang-serang orang. Kalo tak caya pegi tengok cite “Mami jarum” ke. Tuh contoh orang suka mengadu domba. Tengok la perangai dia. Suka dok menyerang-nyerang orang ni. Macam sial je.
  5. Suka besar-besarkan cite. Bende kecik, besar beras kalau boleh nak dibesorkan sebesor denesor.
  6. Suka mangadu/bercerita kat ramai-ramai orang.Nak bina pengaruh la katakan. Kalau dah ramai percaya kat dia nanti baru la senang nak buat cerita lain nanti. Kalau boleh sekampung ke, satu taman perumahan, satu sekolah, satu kelas dia nak bagitau.
Ni la sikit-sikit pasal orang yang suka mengadu domba ni. Kalau ada kenal sapa-sapa macam ni. Jauhi la dia. Bahaya. Tak payah la buat baik sangat ngan dia. Mulut orang macam ni, boleh runtuh rumah tangga orang, boleh gaduh adik beradik, boleh putus kawan, boleh pecah belah masyarakat.
Aku ingat satu hadis nabi “Tiada yang lebih berat melainkan mempunyai jiran yang jahat.”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork