Saturday, December 3, 2011

SentapHatiMakNak : Fenomena Ombak Rindu

MUSIC SENTAP

Ost Ombak Rindu
 

seriuss....i luv dis song damn much!!! first dgr mmg la kutuk sbb slow n meleleh bagai...last2 aku sndiri jatuh cinta ngan lagu nie walaupun aku xbercinta!! single mingle..(taip ON SENTAP dan hantar ke 22334) hahaha..ok,lagu nie tajuk dia Ombak Rindu dan dinyanyikan oleh Hafiz Nano dan Adira AF..mv dia tepi pantai konon2 ombak rindu la 2..charut sgt!!hahaha..pe2 mmg feeling abis la lagu nie..aku feeling sbb lirik n melodi dia k..so enjoy ya..

ENTRI SENTAP

Review Filem Ombak Rindu

Hello smua!! Sory bnyk2 yek smua coz xhupdate. Busy gler la ngan final exam!! Opss!! Final exam?? Tlg jgn ckp benda nie..xsuke!! yang pasti aku REDHA dan aku PASRAH!! Ehh!!! Pe beza redha dan pasrah??? Oh ya, bak kata Mila (Lisa Suriani) dlm cter Ombak Rindu, REDHA itu ikhlas manakala PASRAH itu menyerah!!! See!! Aku dh terpengaruh dgn cter Ombak Rindu sampai setiap butir percakapan aku ingat!!hahahahah…Sebenarnya post aku kali nie mengenai filem Ombak Rindu. Semua org duk hua-hua dan cakpung satu kampong sal filem romantik nie skang tau!! Sape yg xtau ape itu Ombak Rindu, bencana alam ke?nama restoran ke?...Memang sah korunk duk bwk tempurung!!!aigooo!!!! whatever lah!!

So kali nie aku nk komen ckit sal filem yang ngah panassss kt panggung skang nie. Mungkin aku agak lewat sedikit p tgk, tp Ade Aku Kisah??? Alah, aku tau ramai je lagi yang xp tgk lagi kan?? aku p tgk filem nie ngan kawan karib aku, Shukri dan my sister pada 3 Dis 2011, tayangan kul 12.05 tghari dan duk kat barisan K nombor 7 (ingat!!!). masa p mmg sah-sah la ramai xspecially kaum hawa. Alah tu semua nk tgk Aaron Aziz tu,aku tau la!! Tp nasib baik aku bli awal sehari dr tarikh tayangan…fuhh!! Nasebbbbb……b4 aku nk komen, meh baca sinopsis filem romantik nie


 
Filem nie diadaptasi dari novel nukilan Fauziah Ashaari. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yg kematian ibu bapa sbb kemalangan jln raya ( dlm filem 2 ckp ibu bapa Izzah meninggal di tengah laut masa ngah p memancing..ntah ne 1 yg btul ). Justeru, ayah saudaranya, Taha telah mengambil tugas memelihara Izzah. Disebabkan Taha banyak berhutang dan isteri yang sakit, beliau sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam di Kuala Lumpur.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan iaitu Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke tersebut dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam tersebut.

Izzah dibenarkan tinggal di rumah persendirian Hariz dan perlu melayan Hariz setiap masa. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah di Thailand, tp perlu dirahsiakan dari umum. Lama-kelamaan, Hariz mula jatuh cinta pada Izzah dan berjanji akan melindungi Izzah selamanya (perjanjian yg bikin hati pompuan cair dik non!!!)

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Suriani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah dengan Hariz dan bermulalah konflik diantara mereka..apa yang akan terjadi??amboii!!! p tengok kat panggung lah!! Nak aku cter gak!! Ish!! Hahahaha…

Ok..now my time tuk komen pedas filem nie…aku nie pengomen tegar filem tau. Berbisa ke, idak ke, Ade Aku Kisah?? Blog aku, suke aku lah..hahahah..sentap? sbnrnyr aku xbnyk nk komen filem nie..its awesome!!!! Aku bg 10 bintang!! Yup 10 bintang!! Jgn riso aku xsalah kiranya…opss! Hahaha..pengarah filem nie sgt pandai pilih pelakon. What can I say, salah satu faktor filem nie pecah panggung bkn hanya jalan ceritanya yg agung tu, tp barisan pelakonnya yg hebat lagi agung ni kan!! so tu la pelaris utama filem nie. Penghayatan semua pelakon dlm cter nie sgt berkesan..kalu xberkesan mcm ne la sampai satu panggung banjir gara2 org semua menangis masa tgk cter tu kan!! Maya Karin (Izzah) sgt cantik bertudung, lakonan yg hebat dan sah2 Ratu Air Mata Malaya yg baru (sentap Eja…hahahahha). Aaron Aziz (Hariz) xyah ckp la..hero Malaya nie mmg dh tau lakonan dia hebat..part dia menangis, pompuan dlm panggung menjerit k!!! yelah, jarang tgk laki yg sememangnya LELAKI menangis..bak kata org, its all about LOVE!!! So kalu laki nangis pun xheran..kan!! kuasa cinta katanya..tp kadang2 lakonan dia mmbuatkan org smua gelak.hahahahaha…Lisa Suriani (Mila) pula lakonan dia sgt menjadi..walaupun watak jahat, tp sbnrnya xlah jahat sgt..suke tagline dia..Surprise,Surprise!!! hahahaha

Cuma nk komen, setiap part da je diselitkan lagu OST Ombak Rindu, nyanyian Hafiz dan Adira. Tp ape yg pelik,pengulangan lagu 2 x mengganggu jalan cter sbb bagi aku lagu tersebut sgt masuk n sesuai ngan scene yg dipaparkan…filem nie gak xmeleret sgt walaupun durasi 2jam lebih..Cuma aku xpuas!!! Tu yang sbnrnya aku nk ckp..aku xpuas!!! Xpuas tgk!!!! Pepepun, tahniah kpd pengarah n pelakon filem Ombak Rindu !!! xrugi duit aku!!! Aku leh ckp, nie filem terbaik yg pernah aku tgk tahun nie dan dgn berani nyer aku ckp, Twilight Breaking Dawn pun kalah lah!!! Tahniah sekali lagi!!! Nie sedikit ulasan dr penonton dan pengkritik terkenal Malaya :

“…filem ini tidak meleret walaupun 2jam lebih durasi dan penghayatan watak oleh pelakon sgt berkesan sehingga banjir panggung wayang dan trauma dibuatnya…”
Azimomo, Pengomen Tegar Filem Malaya

“..mak cik nak menantu macam Hariz lah…mak cik bagi 7 BINTANG…”
Kak Peah, Kampung Sukun

“…filem terbaik tahun nie!!! Saya xsabar nk tgk lagi sekali!!...”
Nadia Neelofa Fafau, pelajar

“…tisu kami laku!! Terima kasih!!...”
Ah Pek, penjual tisu

p/s : tolong tgk cter nie k n jgn nk bli cetak rompak!!kalu tgk wayang lagi feel tau!!hahaha..pe2 take ur time tuk tgk cter nie..dan mcm aku ckp,xrugi k...sokonglah perfileman negara ;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork